“Aku Terpaksa Hamilkan Dia Sebab Aku Terlalu Sayang Pada Dia Dan Tidak Mahu Lelaki Lain Dapat Dia..Tapi Isteri Aku Berkeras Tidak Izinkan Aku Kahwin Dengannya..,Bantulah Aku” – Suami Dalam Dilema

“Aku Terpaksa Hamilkan Dia Sebab Aku Terlalu Sayang Pada Dia Dan Tidak Mahu Lelaki Lain Dapat Dia..Tapi Isteri Aku Berkeras Tidak Izinkan Aku Kahwin Dengannya..,Bantulah Aku” – Suami Dalam Dilema |

Assalamualaikum admin, mohon hidekan profil fb ni ye..saya pinjam kawan saye punye fb.Cerita dia macam nie,aku ni seorang suami umur 32 tahun dan isteri aku pulak 30 tahun. Kami dah kawen 4 tahun dan baru dikurniakan zuriat bulan ogos hari tu. ALHAMDULILLAH. Tapi selama isteri aku mengandung aku ade berkenalan dengan seorang perempuan nie umur dia 23tahun.

Aku berkawan mula2 anggap macam adik lama2 aku dah jatuh hati dekat dia. Aku dah jumpe family dia bincang aku serious nak nikah dengan dia. Aku janji bulan 11 aku nikah dengan dia. Dia baik sangat min. Dia bukan mata duitan. Malah kalau keluar makan ke ape dia banyak support dan keluar duit. Dia sanggup susah senang dengan aku.

Loading...

Aku sayang jugak isteri aku. Tapi rumah tangga mana yg takde masalah betul tak? 4 tahun aku bersabar min,isteri aku tak jaga makan minum aku. Asyik2 suruh makan kedai dan beli bungkus. Kadang2 nak beli untuk isteri,kite dok rumah mak mertua so nak tak nak kenalah beli untuk adik beradik dia sekali kat umah tu..kalau hari2 parah laa..lagi satu bile aku minta BERSAMA sebelum selama kawen laa..dia asyik tolak je dan suruh aku tengok BLUE jee..so aku macam dah tawar hati..perempuan aku kenal tu ada ciri2 aku nak. Sopan,pandai masak,boleh jaga hati aku,berpelajaran. Isteri aku ni kadang2 ok kadang2 tak ok. Bile nak maki suke hati dia je..walaupon depan mak bapak dia..aku ni diam jelaa..kadang2 aku malu..aku dah lama pendam min. Hati aku sakit sangat..banyak jaga hati dia.

Aku banyak luah kat perempuan aku kenal tu. Dia terlalu baik min. Dia banyak sabarkan aku. Dia ada cakap nak undur diri sebab takut bini aku meroyan atau mengamuk, tapi aku cakap janganlah..kite dah jauh..aku tak boleh hidup tanpa dia..asyik teringat dia je min..

Nak jadikan cerita,aku kantoi dengan isteri aku dan keluarga mertua aku tentang hubungan aku dan perempuan tu. Dia suruh aku lupakan perempuan tu. Masalahnya min perempuan tu tengah mengandungkan anak aku..aku buat macam tu supaya takde laki boleh amik dia selain aku. Aku memang nak bersama dia. Isteri aku siap buat surat perjanjian kalau contact perempuan tu jatuh talak dan perempuan tu masuk Penjara. Aku kesian keadaan bakal isteri aku tu min. Dia mengandung mesti perlukan aku. Sumpah dia buat aku macam nie(ugut2 aku)..serious aku tak bahagia pon min.

Aku tak boleh tipu diri aku. Aku cintakan perempuan tu lebih tapi isteri aku,sebab aku sayang dia jee..tak lebih pon..sebab aku dah banyak makan hati kot. Asyik ikut telunjuk dia..aku nak jumpa kawan pon tak bagi. Nak lepak pergi jamming pon bising2.Aku nak minta pendapat,aku taknak ceraikan bini aku sebab aku fikir anak.

Tapi mase yg sama aku nak tanggungjawab dengan bakal isteri aku..aku rasa apa dia rasa..hari2 aku menangis rindukan dia..aku nak nikah dengan dia..(Bagilah pendapat yg baik2) janganlah kecam bakal isteri aku perampas dia bukan macam tu aku yg beria nak dia..aku tahu aku dah buat dosa tapi aku nak tebus balik..nak tanggungjawab..aku pendosa tanpa noktah..

Pendapat anda..?

Sumber : KRT

Loading...

Add Comment