“Dah Tua-Tua Pun Bodoh” – Netizen Kutuk Kaw-Kaw Diva Sheila Majid Selepas Luah Pendapat Di Twitter,Tapi Ada Betulnya Cakap Beliau Jika Kita Fikir Dari Sudut Majoriti Rakyat…

“Dah Tua-Tua Pun Bodoh” – Netizen Kutuk Kaw-Kaw Diva Sheila Majid Selepas Luah Pendapat Di Twitter,Tapi Ada Betulnya Cakap Beliau Jika Kita Fikir Dari Sudut Majoriti Rakyat… |

“Makanan mahal, nilai ringgit rendah, kos sara hidup tinggi dan peluang pekerjaan yang terhad. Rakyat Malaysia sudah penat dan marah kerana dihimpit oleh hutang piutang yang bukan kami wujudkan.

“Berhenti memberikan alasan dan mencari kesalahan. Fokus pada tugas untuk kembalikan negara ini ke landasan yang betul! Mengecewakan!!”

Loading...

Inilah luahan hati penyanyi terkenal Sheila Majid yang diutarakan di akaun twitternya pada 4 Disember lalu. Sehingga kini twit dalam Bahasa Inggeris itu telah diulang twit sebanyak 17 ribu.

Respon yang diterima sebahagiannya bersetuju dan sebahagian pula berdebat mepertahankan ekonomi Malaysia sekarang adalah di landasan yang betul.

Antara ulasan menarik mengenai twit daripada Sheila Majid ini adalah daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz. Menurut beliau Sheila Majid bercakap sesuka hati dan tidak menggunakan akal.

“Kalau ikut kenyataan dia ini, (negara) Eropah sekarang off track. Kadar pengangguran di sana adalah lebih teruk berbanding di Malaysia,” katanya sambil melampirkan statistik pengangguran yang disiarkan laman statista.com.

Statistik tersebut menunjukkan Greece mempunyai kadar pengangguran tertinggi iaitu 22.5 peratus, manakala Republik Czech mempunyai kadar terendah iaitu 3 peratus. Laman web tersebut turut menganggarkan kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2016 adalah sebanyak 3.45 peratus.

Selain daripada itu, Tun Faisal turut mempertahankan bahawa negara Malaysia berada di landasan yang betul dan menyatakan Sheila Majid tidak perlu membayar hutang yang dibuat oleh Malaysia.

sumber artikel : viralagency

Loading...

Add Comment