(Video) “Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan.” – Dira Abu Zahar

(Video) “Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan.” – Dira Abu Zahar |

Exco Puteri UMNO Tangga Batu, Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar menyelar tindakan pelakon Fathia Latiff yang sering menyuarakan hal isu politik semasa menerusi akaun Twitternya.

Menurut Dira, Fathia sepatutnya turun padang sekiranya beliau betul-betul perihatin dan mahu bercerita mengenai segala isu yang dihadapi oleh rakyat.

Loading...

Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun. Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang macam Puteri UMNO. Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan.

Terdahulu, Fathia yang dipuji Tun Mahathir menerusi akaun Instagramnya berkata, rakyat Malaysia seharusnya mengenang budi dan tidak melupakan segala jasa yang telah Tun M lakukan terhadap negara sehingga dikenali di mata dunia ketika beliau bergelar Perdana Menteri sebelum ini.

Sumber Berita : Astro Awani via beautifulnara.com

Loading...

Add Comment